Pages

Click Here For Cool HearBeat!

12 March 2014

Demam Campak dan Air Kelapa


.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semenjak dua menjak ni duk cerita pasal kesihatan je.. kenapa ye? Al kisah si anak dara terkena campak di usia dua tahun. Kelam kabut juga si ibu abah nak buat apa..habis semua orang ditanya apa nak buat..ada kata guna itu, ada kata guna ini..

Salah satunya air kelapa.. Emm air kelapa sedap kalau diminum sejuk masa cuaca panas kan. Hehehe..masalahnya kat Daerah bernama CAMERON HIGHLANDS ni susah noooo nak cari sebijik buah kelapa hokey!

Kalau pergi klinik pun doktor akan beri ubat PARACETAMOL (ubat demam) dan CALAMINE LOSYEN (ubat utk sapu). So, secara tradisionalnya kita akan guna air kelapa yang mudah untuk didapati dan amat mujarab utk meneutralkan virus2 campak.

PETUA HILANGKAN CAMPAK :

- Air kelapa hendaklah diminum. Kelapa segar ye. Bukan air kelapa dalam tin or sebagainya.
  Selawat dan doa semoga cepat sembuh.

- Selepas minum dalam 2 hari, hendaklah mandi dengan air kelapa pula. Mula2 mandi dengan air biasa, lepas tu bilasan yang terakhir barulah siram dengan air kelapa. Jangan bilas ya.

- Gunakan daun Semambu sebagai alas semasa tidur untuk elak gatal. Boleh juga diramas dengan air sapu pada badan/ gunakan untuk mandi. (Daun ni agak susah nak dapat, tapi biasanya orang India gunakan daun ni untuk dibuat sembahyang dan digantung pada pintu rumah, so boleh tanya pada jiran-jiran India tu ya).

Daun Semambu:


PANTANG LARANG SEMASA DEMAM CAMPAK:

- Elakkan terkena air hujan (nanti parut campak akan kekal)
- Elakkan makan telur dan minum ais.
- Elakkan makan makann bergoreng/ berminyak (nanti badan bertambah gatal)
- Elakkan makan kicap (nanti parut jadi hitam)
- Elakkan menggaru ya (nanti bintik tu pecah n virus tersebar dekat tempat lain)

That's all.. Semoga bermanfaat :)


No comments:

Post a Comment