Pages

Click Here For Cool HearBeat!

18 March 2014

Ais...Bahaya ke tidak??

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam sejahtera uolss...
Hari ni cik puan ekin gedik2 terasa macam nak post pasal amalan minum ais ni. Eh, bahaya ke tidak. elok ke kalau minum selalu? uishhh..2-3 hari ni terasa macam doctor la pulak. Ada je benda yang terasa 'curious' sangat.

Kite ni bukan kaki minum air sejuk @ ais @ air batu.. tak macam cik abam yang pagi petang siang malam hantu ais saja.. Ibarat kata kalau tak ada ais@ air sejuk dalam peti tu tak SAH!! Walaupun dah duduk dekat tempat sejuk ala2 mat salleh dah ni.. Kalau dah 'hantu' mmg susah nak ubat tabiat tu..kann..

Ok korang, elok ke minum ais selalu? Nak2 untuk orang mengandung?? Ada kata kalau minum selalu baby jadi besar..sebesar manakah ia? huuu..scaryy..

                                                       Gambar: Ihsan Incik Google

Mari kita tengok apa penasihat kesihatan kata:

"Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat."

Oleh itu, jika mommies2 gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan mommies2 minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.

Nahhh..bagi yang hantu ais tu boleh bersorak 'yipppiiee' la deh...hmm..tapi jgn heppi sangat la deh..jom kita tengok kebaikan n keburukkan ais pulak :


Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
  • Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ianya akan melemahkan penghadaman.
  • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
  • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.
Kebaikan Minum Ais Untuk Manusia :
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan
From (Silampunenon) :)

So uolls? Nak minum ke tidak..terpulanglah..ada baik ada buruknya..hehe

p/s: Cik ekin pun dah batuk2 ni gara2 minum ais 2-3 hari ni..teringin punya pasal..alahai sabo jelah.

-Adioz Amigos XOXO-



No comments:

Post a Comment