Pages

Click Here For Cool HearBeat!

10 March 2014

Cik Selsema Datang Lagi :)

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaacummm! huk huk huk .. aduhh..robek rasa hidung ni..pedihnya mata...cik selsema datang lagi...

Apa korang buat kalau selsema? Terjelepok lembik je kan..letih..Apa tu selsema? Jarang sangat orang tak tahu kan.. semua orang mesti pernah kena lah..

"Selsema merupakan jangkitan pada salur pernafasan atas, memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus" (Cik Google kasi tau)

 
Nak share sikit ye petua nak hilangkan selsema. (Sumber Melayukini.net)

Petua hilangkan selsema : 
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.
5. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Ok kejap, orang kata makan aiskrim vanila boleh hilangkan selsema juga..ye ke?? Fakta ke auta ni? 
Tak pernah cuba pulak. Selalunya kalau makan benda2 sejuk semakin berjadi2 plak..

Satu lagi...orang kata BAWANG PUTIH pun boleh hilangkan selsema..

Caranya sapukan dengan Minyak Bawang Putih dan gunakan teknik Steaming n Cupping.

Cara membuat minyak bawang putih :
"Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada (anak) ketika selsema.

Teknik steaming and cupping : 





"Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming."


Kreadit utk:

http://superibu.com/2013/04/cara-semula-jadi-untuk-rawat-kahak-dan-selsema-pada-baby/
http://nordaleela.blogspot.com/2013/04/tips-dan-petua-untuk-hilangkan-selsema.html

No comments:

Post a Comment