Pages

Click Here For Cool HearBeat!

19 March 2014

"MH370" Please Return Safe and Sound..

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Salam sejahtera uolss..hari ni (19 Mac 2014) dah masuk hari ke-12 kehilangan pesawat MH370.. Kat mana dorang ni yea?? Macam2 rumors dah dengar..Misteri..Gosip.. semua ada.. Dengan tok moh tak tok moh semua pun nak cuba cari kat mana pesawat ni.. Ikut cara yang betul sudahlah..jangan akhlak pulak yang terpesong..sedih kan. Hmmm..

Siasatan pun still berjalan lagi..hope semuanya selamat & berjalan lancar..
Kat otak ni macam2 pikir..hidup ke dorang ni..mati ke..makan ke tidak.. Ya Allah.. Kuasa tuhan macam2 boleh jadi..

Eh, yang lagu 'Get it Started' Pitbull ft Shakira tu pun mcm menakutkan je..macam betul je..macam dirancang2 je..mintak jauh la..semoga tu kebetulan je kan..ada yang kata lagu tu adalah lagu pesawat yang hilang tu..huhu.

Antara lirik lagu tu adalah "Now it's off to Malaysia",  two passport (ditafsirkan sebagai dua passport palsu), three cities (ibu negara Malaysia, Vietnam dan China) , two countries (Malaysia dan Vietnam), 1 day (MH370 hilang pada 8 Mac 2014 dan menjadi berita utama dunia)

Antara lirik lain yang turut disebut adalah " No Ali. No Freezer, but for now off to Malaysia" 

"Ali" dalam lagu ni jugak dikaitkan dengan "Mr.Ali" yang dirujuk sebagai warga Iran oleh media British Mirror.co.uk yang dikatakan menaikki pesawat MH370 dengan menggunakan passport palsu.

Mr.Ali dilaporkan oleh akhbar tersebut sebagai orang yang membeli tike dari Pattaya, Thailand! 
(Sumber)

Nampak tak? nampak tak? haa..macam ada permainan kat situ..macam dirancang oleh pihak-pihak tertentu yang masih menjadi tanda tanya. Padahal klip video tu dah lama, dalam 2 tahun lepas (5 Julai 2012)
Seram kot...moga-moga tu semua kebetulan aje la..Haishh dah macam filem mat salleh pulak...


#PleaseComeBackMH370

p/s: Semoga pesawat, krew, penumpang MH370 kembali dengan selamat.Aminn..(InshaaAllah) #prayforMH370.






18 March 2014

Ais...Bahaya ke tidak??

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam sejahtera uolss...
Hari ni cik puan ekin gedik2 terasa macam nak post pasal amalan minum ais ni. Eh, bahaya ke tidak. elok ke kalau minum selalu? uishhh..2-3 hari ni terasa macam doctor la pulak. Ada je benda yang terasa 'curious' sangat.

Kite ni bukan kaki minum air sejuk @ ais @ air batu.. tak macam cik abam yang pagi petang siang malam hantu ais saja.. Ibarat kata kalau tak ada ais@ air sejuk dalam peti tu tak SAH!! Walaupun dah duduk dekat tempat sejuk ala2 mat salleh dah ni.. Kalau dah 'hantu' mmg susah nak ubat tabiat tu..kann..

Ok korang, elok ke minum ais selalu? Nak2 untuk orang mengandung?? Ada kata kalau minum selalu baby jadi besar..sebesar manakah ia? huuu..scaryy..

                                                       Gambar: Ihsan Incik Google

Mari kita tengok apa penasihat kesihatan kata:

"Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat."

Oleh itu, jika mommies2 gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan mommies2 minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.

Nahhh..bagi yang hantu ais tu boleh bersorak 'yipppiiee' la deh...hmm..tapi jgn heppi sangat la deh..jom kita tengok kebaikan n keburukkan ais pulak :


Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
  • Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ianya akan melemahkan penghadaman.
  • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
  • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.
Kebaikan Minum Ais Untuk Manusia :
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan
From (Silampunenon) :)

So uolls? Nak minum ke tidak..terpulanglah..ada baik ada buruknya..hehe

p/s: Cik ekin pun dah batuk2 ni gara2 minum ais 2-3 hari ni..teringin punya pasal..alahai sabo jelah.

-Adioz Amigos XOXO-



12 March 2014

Demam Campak dan Air Kelapa


.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semenjak dua menjak ni duk cerita pasal kesihatan je.. kenapa ye? Al kisah si anak dara terkena campak di usia dua tahun. Kelam kabut juga si ibu abah nak buat apa..habis semua orang ditanya apa nak buat..ada kata guna itu, ada kata guna ini..

Salah satunya air kelapa.. Emm air kelapa sedap kalau diminum sejuk masa cuaca panas kan. Hehehe..masalahnya kat Daerah bernama CAMERON HIGHLANDS ni susah noooo nak cari sebijik buah kelapa hokey!

Kalau pergi klinik pun doktor akan beri ubat PARACETAMOL (ubat demam) dan CALAMINE LOSYEN (ubat utk sapu). So, secara tradisionalnya kita akan guna air kelapa yang mudah untuk didapati dan amat mujarab utk meneutralkan virus2 campak.

PETUA HILANGKAN CAMPAK :

- Air kelapa hendaklah diminum. Kelapa segar ye. Bukan air kelapa dalam tin or sebagainya.
  Selawat dan doa semoga cepat sembuh.

- Selepas minum dalam 2 hari, hendaklah mandi dengan air kelapa pula. Mula2 mandi dengan air biasa, lepas tu bilasan yang terakhir barulah siram dengan air kelapa. Jangan bilas ya.

- Gunakan daun Semambu sebagai alas semasa tidur untuk elak gatal. Boleh juga diramas dengan air sapu pada badan/ gunakan untuk mandi. (Daun ni agak susah nak dapat, tapi biasanya orang India gunakan daun ni untuk dibuat sembahyang dan digantung pada pintu rumah, so boleh tanya pada jiran-jiran India tu ya).

Daun Semambu:


PANTANG LARANG SEMASA DEMAM CAMPAK:

- Elakkan terkena air hujan (nanti parut campak akan kekal)
- Elakkan makan telur dan minum ais.
- Elakkan makan makann bergoreng/ berminyak (nanti badan bertambah gatal)
- Elakkan makan kicap (nanti parut jadi hitam)
- Elakkan menggaru ya (nanti bintik tu pecah n virus tersebar dekat tempat lain)

That's all.. Semoga bermanfaat :)


10 March 2014

Cik Selsema Datang Lagi :)

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaacummm! huk huk huk .. aduhh..robek rasa hidung ni..pedihnya mata...cik selsema datang lagi...

Apa korang buat kalau selsema? Terjelepok lembik je kan..letih..Apa tu selsema? Jarang sangat orang tak tahu kan.. semua orang mesti pernah kena lah..

"Selsema merupakan jangkitan pada salur pernafasan atas, memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus" (Cik Google kasi tau)

 
Nak share sikit ye petua nak hilangkan selsema. (Sumber Melayukini.net)

Petua hilangkan selsema : 
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.
5. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Ok kejap, orang kata makan aiskrim vanila boleh hilangkan selsema juga..ye ke?? Fakta ke auta ni? 
Tak pernah cuba pulak. Selalunya kalau makan benda2 sejuk semakin berjadi2 plak..

Satu lagi...orang kata BAWANG PUTIH pun boleh hilangkan selsema..

Caranya sapukan dengan Minyak Bawang Putih dan gunakan teknik Steaming n Cupping.

Cara membuat minyak bawang putih :
"Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada (anak) ketika selsema.

Teknik steaming and cupping : 





"Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming."


Kreadit utk:

http://superibu.com/2013/04/cara-semula-jadi-untuk-rawat-kahak-dan-selsema-pada-baby/
http://nordaleela.blogspot.com/2013/04/tips-dan-petua-untuk-hilangkan-selsema.html

04 March 2014

Baucer Buku 1 Malaysia 2014


.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PELAJAR SEPARUH MASA PROGRAM iNED TAHUN 2014

Alhamdulillah.. Sukacita dimaklumkan Baucer Buku 1 Malaysia Tahun 2014 dah keluar ye teman-teman.. Khas untuk pelajar-pelajar e-pjj cam Ekin ni ye.. 

Pelajar boleh mengambil baucer buku mulai 27 Feb 2014 di mana-mana kampus yang menerima baucer buku.

Bagi 'students' Uitm Shah Alam, uolss boleh mengambil baucer buku pada mana-mana unit kewangan zon fakulti. 

KAUNTER PEJABAT BENDAHARI ZON 18 AKAN BEROPERASI PADA HARI AHAD SEPERTI TARIKH BERIKUT: 
HARI AHAD (9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG )

02/03/2014 
23/03/2014 
06/04/2014 
27/04/2014 
04/05/2014 
11/05/2014 
08/06/2014 
22/06/2014 

*PEJABAT BENDAHARI ZON 18 DIBUKA PADA WAKTU REHAT ISNIN-KHAMIS : 1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (KECUALI HARI JUMAAT 12.15 TGH HARI HINGGA 2.45 PETANG)

Ehhhh kejap jangan lupa bawa KAD PELAJAR dan KAD PENGENALAN ye....

Alahai bila nak pergi ambil ni, sibuk memanjang.. 

(p/s: Baucer buku pun kena guna dengan berhemah a.k.a berjimat cermat sebabnya kadang2 modul dah tak dikeluarkan, student nak kena beli buku yang tebal lagi mahal dari lecturer..hmmmmm)