Pages

Click Here For Cool HearBeat!

06 June 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah ~Miss u~

Hidup kadang2 tidak selalunya indah sepertimana yang kita angankan..tetapi setiap yang indah itu pasti "hidup" dalam kenangan kita..uhuhuhu..

Harini..tetibe saje teringat kat my kesyayangan dulu...Mr.Jojoe..Very beuatiful cat..so montel, so manja, and so segala-galanya lah..
Dulu..tiap kali balik kampung, mesti JOJO akan berlari-lari kat muka depan pintu..seolah-olah gembira dengan kepulangan tuannya..
And bila kita duduk..he will come and sit right behind me..sambil mengesel2kan kepalanya kat lutut..

Tiap kali dia dengar bunyi ketukan pinggan plastik kaler oren tu, mesti dia mengiau-ngiau and berlari2 anak menuju ke dapur *tanda org nk kasi makan kt dia*..mmg dia tau..
Walau sejauh mana dia pergi..bila kita panggil je nama dia..dia akan berlari kencang datang ke arah kita...kadang2 seronok bila kita saja je panggil dia nk main2..bukan main penat dia lari..hehehe..kelakar je..

Bila malam..dia pun suka lepak depan TV dengan semua orang..yang paling syok bila dia wat bunyi manja masa kita gosok bawah dagu dia..sangat sweet..dia suka sangat orang main ekor dia..kalau ada tali, lagi la dia kejar..sampai berpusing2..macam sarkas pulak..comel je..

JOJO..ke mana dia hilang..tak tahu..dia dah xda lagi ke? Or someone dah ambil dia? Dia mmg sgt comel..yang paling special pasal dia..adalah jari kakinya. Setiap kakinya mempunyai 6 jari...kakinya besar..sekali imbas macam macam rimau...sama cam kaler dia jgk...dh lama kami 1 family tunggu dia balik..sampai sekarang xbalik2..almost 3 years sudah..kami semua anggap JOJO dah xada lagi...

Walaupun selepas pemergian dia, ada 2-3 ekor kucing yang datang kat rumah..Si Gebu, Si Itam, n Si Makcik Belang tu..tapi tetap xsama dengan adanya JOJO..every cat have their own personality..they are different..seriously..xsama n xakan sama character dorang...

Hidup ini memang xselalunya indah..ketiga-tiga kucing tu pun dah lama mati..bermula dengan si anak..terkulai layu dibalik pepohon serai..2 days later..si ibu pula mati terbaring di sisi si anak..patut la kami panggil xdatang2..kucing pun ada perasaan..kasih ibu sampai ke syurga...si ayah mula menghilang disaat kedua2nya pergi..kami pulak yang gundah gulana..uhuhu..

So sekarang..xda 1 kucing pun di rumah..yg ada hanya seekor kucing jiran yang rajin sgt singgah makan..we all satu family decide xnak bela kucing lagi..sedih. Kucing2 kami sebelum ni ibarat cahaya..yg buat kami 1 family happy..bila xda rasa sunyi...begitulah sunyi kehidupan ini....we all we remember u for eva..no matter apa pun yg dah berlaku..

Miss u so much my JoJoE~~






05 June 2012

Bahaya kaki kejang ketika hamil

 From: Mr.Google

Wanita mengandung ni macam2 dugaan yg dialami..begitu perit sekali coz setiap apa yg dilalui mesti ada yg menyakitkan..tapi kena lah bersabar coz semua kesakitan yg ditanggung itu diberi ganjaran pahala oleh Allah..sabar ye ladies sekalian.. 

Ok, pernah x korang alami kaki cramp ni?? Biasanya berlaku di bahagian betis..waktu tak hamil pun pernah juga berlaku..now, bila tgh mengandung pun ia jadi juga..kejang kaki ni bahaya..boleh menyebabkan kematian mengejut baby dalam kandungan dan ada kes ibu juga mati beberapa minit selepas bayinya mati dlm kandungan gara2 kekejangan yg teruk ni...wahhh menakutkan bukan??? Ekin pun selalu  mengalami kejang kaki ni...sakitnye ya rabbbi.....tuhan je tau..maybe sebab sejuk sgt...tido malas nk pakai stoking...

Kalau korang nk tau, Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki (yela, badan nk tampung berat baby lagi kan) Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan kita dari tidur yang nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) Kekurangan kalsium di dalam aliran darah, Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki. 

Terdapat beberapa cara yg boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya: 

1. Meregang. Mula dengan luruskan kaki- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur. 
2. Urut otot yang kejang. 
3. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang. 
4. Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu. 

Selain itu boleh juga mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku: 

1.Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam. 
2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang. 
3.Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV. 
4.Makan makanan kaya dengan kalsium.
5.Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.) 
6. Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan nasihat dari doktor. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Set Bersalin

Ahaaa...kepada para ibu yang baru first time hamil..macam ekin ni mesti tertanya2 nk makan produk apa selepas bersalin nanti...mesti ramai di antara kawan2 korang yang syorkan macam2 produk kat korang kan..ada yg mahal, ada yg murah..macam2 jenama lah sekarang kan..Sendayu Tinggi lah, Felisa lah, macam2 lah..nk menyebutnya pun tak ingat coz terlalulah banyakkkkk...

Mahal ke murah tak penting kan..coz nak cantik kita, nak sedap badan pun kita..so pilih lah produk yang korang rasa bagus..for me, tak sempat nak pilih apa2 pun produk lagi tapi masa balik kampung baru2 ni, seorang bidan kampung yg kira best fren jgk dengan mak ekin telah mengesorkan satu produk ni..produk ni keluaran kampung je..ramai orang yg guna produk ni..

Dlm duk sibuk2 survey2 nak beli set bersalin apa maka terbelilah set bersalin keluaran syarikat Syamelati ni..
Ginilah rupa set bersalin yg ekin beli tuh..


SET BERSALIN SYAMELATI Mengandungi :

1. Makjun Setunjang Bumi – Dalam bentuk kapsul untuk dimakan

2. Jamu Cap Dua Lembing – Dalam bentuk kapsul untuk dimakan

3.Minyak Cap Akar – Disapu keseluruh badan khas untuk ibu berpantang

4.Minyak Cap Dua Lembing – Disapu pada Ibu dan Bayi (Minyak telon)

5. Sepang Kederang – Direbus bersama air dan diminum oleh ibu (Disediakan dalam paket)

6. Pati Halia - Untuk sapuan di perut or kaki.. (Membuang angin)

7. Bedak Sejuk – Untuk kesegaran dan menghilangkan peluh dan berbau masa pantang


8. Bam Syasya – Untuk menghilangkan pening, sakit kepala serta pitam ketika dalam pantang

* Turut disediakan Kain Pembarut Perut :)

Harganya pun tak mahal sangat..dalam RM 100 je..tapi rasa still nak cari tambahan untuk set bersalin ni..takut tak cukup..memandangkan set ni untuk lebih kurang dua bulan je..so nak cari tambahan pil untuk makan supaya cukup tempoh berpantang..Nak intai2 produk shaklee plak..hehehe..

Ekin ada beli satu krim ni..Krim Lempoyang Heat from Sendayu Tinggi..sebagai tambahan :)






Supplement Untuk Ibu Mengandung

Perlu ke supplement ni? Emm..Bila dah pregnant macam2 sakit yg datang..so sebab tu kita nak kena jaga juga badan ni..so semalam ekin p kat satu kedai kat cameron ni..survey2 ape supplement yg sesuai sambil2 nak ambil krim lempoyang yg dah lama ekin order..krim ni utk urut2 selepas bersalin..kata kawan memang super hot lah...terasa cam sauna...bagus utk org dalam pantang..tu yg ekin trus beli tu..benda yang bagus kan..

Masa mengandung ni banyak khasiat dan zat-zat yang diperlukan untuk ibu dan baby. so kena la banyak makan makanan yg berkhasiat. makanan yang mengandungi iron, asid folik dan macam2 lain untuk perkembangan otak bayi dan tubuh badannya.

Selalunya orang tua2 tak bagi kita makan ubat-ubat yang dibekalkan oleh klinik atau hospital tu. dorang kata kalau makan nanti baby jadi besar dalam perut?? Awal2 dulu memang ekin pun percaya tapi bila selalu search maklumat sebenarnya ia perlu..setiap vitamin yg diberi tu bagus utk perkembangan baby..

Antara yg ekin amal semasa mengandung setakat nila..

1. Makan buah delima - Macam2 khasiat (Baca sini)
2. Minum susu - Tiap2 hari ekin minum (Xboleh nk telan susu for preggy women tu..bau lain macam..tapi minum jugak susu..tapi susu ni la....xpe..janji susu..hihihi)


3. Amalkan pil spirulina

4. Amalkan kismis. (Ekin makan kismis coklat ni..hehe)

oh yaaa...plus, banyak2 kan minum air masak ye....

Sekarang still survey2 lagi nk makan ape utk kesihatan dalaman tubuh badan kat kedai Adeena Butik ni..

01 June 2012

Nasi Lemak 3 ammah!


Nasi lemak 3 ammah?? adakah nasi lemak ni dijual oleh amah? atau ada kaitannya dengan penyanyi 3 suara tu? ahaha..tidak2..nasi lomak sodap ni ekin beli dekat Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands..yess..depan IPD Cameron Highlands..mengapakah ia sodap? sodap sampai 3 kali berturut-turut ekin beli n makan ni..

Tapi tak de la makan 4 bungkus sekaligus macam di atas tu..2 utk ekin n 2 utk hubby..nyum3..tapi pasal apa 3 ammah? hehehe..di kelantan 1 ammah = RM 0.50 sen.. so 3 ammah = RM 1.50..hehehe..biasa2nye selalu gitu la ore kelate menyebutnye...tapi tak da la pula sampai 4,5,6,7,8 ammah..aishhhh...lebih2 la pulak...

Nasi lemak ni sesuai dimakan bila2 masa sahaja ketika lapar..semestinya...makan pagi boleh, tengahari boleh, malam pon boleh...tapi kena jaga2 juga..perkataan "lemak" tu sendiri dah menggambarkan nasi ni ada lemak..sape2 nk tambah kolestrol free tu boleh la..santan tu pun dah berlemak..sekali sekala tak ape eh..jangan selalu..macam ekin ni..dah tiga hari berturut-turut makan ni..tak jemu2..hehehe.."paku dulang paku serpih" la pulak..

orait lah..nk menjamu nasi lomak 3 ammah ni..nyum3..


Khasiat Buah delima utk ibu mengandung ;)

picture from: google.com

As salam...
al kisah nak bercerita..kelmarin ekin telah membeli 3 biji buah delima dengan harga RM5 setiap satu..so semuanye berjumlah RM 15..uishhh...macam mahal kan utk 3 biji buah delima kan?? Tapi persoalan kt sini bukan pasal harganye yg ekin nk bgtau..tapi mengenai khasiatnye yg mmg tebaboooo terutamanya utk ibu2 yg mengandung mcm mommy ekin nie..hehehe.. Macam mane leh tetibe beli buah tu ye? 

Oleh kerana hb ekin kadang2 naik kadang2 turun maka my friends, pn.nora mencadangkan agar makan buah delima ni coz katanya baik utk penghasilan hemoglobin iaitu sel darah merah dan boleh mengelakkan anemia ketika pregnant! Wahhh..mmg menarik.. 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya). 

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). 

Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung. Antara khasiat lain buah delima: 

>Menghalang pembentukan sel kanser
>Mencantikkan kulit
> Mencegah dari nyanyuk
>Memberi tenaga
>Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
>Elok utk sistem penghadaman
>Mengurangkan berat badan
>Prevent morning sickness(yuuppp..sesuai untuk ibu mengandung)

Ermm..sangat bagus kan..so ibu2 mengandung kt luar sana,mari kita mkn buah delima..kata org tua2, buah delima kena makan sorang2..xboleh nk share2 dgn orang..sebabnye?? xtau lah kenape...tapi xsemestinya kena ikut..sharing is caring kan..nak2 mkn same2 ngan husband..kan sweet gitu..

So..apa lagi, ibu-ibu mengandung..masukkan buah delima ni dalam senarai makanan sihat anda ye..bagi sesiapa yang tak mengandung tak bermakna tak boleh makan..buah ni bagus..so siapa2 pun boleh makan..
Okeylah..nk sambung makan buah delima yang berbaki 2 biji lagi tu..hehehe..