Pages

Click Here For Cool HearBeat!

08 March 2011

Resepi Apam Kukus..Nyummmm3

Sedapppnye dapat makan kueh diatas di waktu petang2 mcm nie...hai..terbayang2 pulak rasanye....
Ni nk share skit resepi kueh apam kukuh ni..nanti leh la cuba buat kt rumah makan bersama org tersayang..hehehe..Selamat mencuba (buat diriku yg xpernah buat kueh ni..)

Bahab-bahannye:

360g Tepung Gandum
360g Gula
2 Biji Telur
200ml Aiskrim Soda
2 Sudu Kecil Asen Rose (Ala..dalam 2 tudung dia je..)
*Asen ni perasa tau..bukan pewarna 2..

Cara-cara nk buatnye:

1. Pukul telur + gula sampai kembang semangkuk gitu..
2. Masukkan esen rose, aiskrim soda..pukul smpai kembang lagi..
3. Masukkan tepung gandum sikit demi sikit ye..pukul smpai kembang ala2 cik siti wan kembang pon xpe...
4. Kemudian tuang dlm loyang yg kecik2 yg dh dilapik dengan kertas kuih 2..
5. Kukus smpai dia terbuka/kembang cam bunga gitu..

* nak bagi cantekkk, calit la pewarna kt atas kuih 2 masa nk kukus, so bila kembang warna dia bercampur2...kasi cantek baru selera nk makan..hehe

Emm..sedapkan kueh ni..

05 March 2011

::Healthy Time::

Wah..harini ekin bangun jam 5.20 pagi hokey...ulang balik 5.20 pagi n masih tidak tidur sehingga sekarang..sgt memecah rekod kerana hari ini adalah hari minggu...haha
Selalu2 nye bangun jam 6.30..pastu smbung tido..bukan la ngantok sgt tapi suke je duduk dlm toto 2 pagi2..coz wktu pagi la sejuk..

Harini bangun dengan semangat waja kerana nak menghabiskan masa2 sihat bersama rakan2 housmate ku..apalagi kalau bukan joging..Port yg slalu aku p kt Taman Sedia..xpun area Brinchang...syok 2...tapi nk dijadikan criter xjadi pulak harini..ada sebab2 yg xdapat dielakkan..

Pagi2 member dh ajak bekpes kt Tanah Rata..haha..Ust.Tantawi, My n Mira..Pastu pergi survey jem stobeli kt KHM..maka aku pon menyuruh@meminta tolong ostad tantawi supaya snap aksi berikut..haha..menghilangkan bosan..(camera aku rosak daaa)

-Ni kalo curik ni leh jatuh hukum ni-


Sapa mau??


Ini la kerjanye kalau jogging xjadi..berjalan je kejenye..
Best kan kalau dpt macam dulu...rindunya zaman2 nie....

-member2ku yg poyoooo..hahaha..sori beb-


-penat jogging bergambar je kerjanye-


-Hello2!!-


-Hahahaha..da penat da nieeee..-


-Penat..Tapi masih mampu tersenyum..ececece..-


So..Bila nk jogging lagi ni? membakar lemak2 yg lebey nie..petang ni ok kot...
Sape nk jogging? Let's go...

-Sweet-

01 March 2011

Kenapa Tak Rogol Saya??

Uitsss...amat terkejutkah kamu membaca tajuk di atas?? no..no..no..bukan ekin..tetapi ada cerita yg ekin nk share dgn korang...kisah ni ekin terima daripada seorang rakan (Cik Baizura) namanya..TQ..selepas ekin baca cerita ni..rasa amat tersentuh jiwa sanubari ini..emm, korang baca lah sendiri..Sekadar untuk renungan bersama....


Kisah benar ini berlaku di US .
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US . Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

-Tamat-

Kalo kamu suka sila klik ye..TQ..

Damainye Isnin..(i mean SELASA)

Ahhhhh..selalunya aku tidak menyukai hari isnin **selasa..kerana..hari isnin **selasa lah hari paling boring, bosan, bizi dan sebagainya..tapi bukanlah bermaksud membenci hari isnin or selasa..tapi perkara2 yg ada pada hari isnin **selasa amat2lah menyesakkan nafasku..

Ekekeke..tapi, hari isnin ** selasa pada harini..yakni pada 1 Mac 2011. (La..dah bulan Mac pon)..amat la damai dan aman sekali..buat kerja dengan tenang tanpa ganguan manusia2 yg berkaitan..
ahhh..suke..suke..suke...kerja banyak tapi hati senang..itu macam manyak bagos maaaaa...

Harap korang pon hepi jgk harini..Hev a nice day..harini hari senyum luas2 shayerrrr.. :)


**haha..Selasa rupanye..perasan isnin..tula pasal..hadoiii...