Pages

Click Here For Cool HearBeat!

27 February 2014

Newborn Baby Checklist (Senarai Semak Bersalin)

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Phewwww...dah BERABAD lamanya tak menconteng-conteng dekat wall blog ni...agak-agak dah tumbuh segala kulat dan parasit gamaknya...

Kesibukan melanda diri, sebagai isteri , ibu, pekerja dan pelajar banyak yang perlu dikejar.. dari anak satu kini nak masuk DUA sudah!!.

Ok lah, bagi tidak menghampakan anda semua (Cehhh..ada ke orang nak hampa2 ni?) (ok..perasan jap). Ekin nak kongsikan senarai semak bersalin a.k.a cheklist for newborn baby. Are u ready??

Melalui pengalaman pertama bersalin, ada benda-benda yang tercicir.. so untuk anak kedua 'preparation' kena ada 'ummppphh' sket!

CHECKLIST BARANG – HOSPITAL
Senarai di bawah antara barang-barang yang diperlukan semasa di hospital. Banyak ke? Nampak je banyak tapi sikit je sebenar ni.. Ekin 'list' satu-satu supaya tiada yang tercicir nanti..

Keperluan Baby

Baju Baby Lengan Panjang/ Pendek (2 Helai)

Sarung Kaki , Sarung Tangan, Topi Baby ( 2 Helai) 

Barut Perut Baby

Kain Bedung

Kain Lampin

Sapu Tangan

Pampers (Newborn)

Baby wipes / Tisu Basah

Set Mandian Anak ( Head to toe), Bedak, Losyen, Minyak Telon

Tuala Baby

Keperluan Ibu

Buku Merah – Rekod Kesihatan Ibu Mengandung

Guarantee Letter  (GL)

Kad Pengenalan (IC)

Baju T-shirt Lengan Panjang – 2 Helai

Stoking – 2 Helai

Kain Batik – 2 Helai

Selipar Jepun (Jenis tak licin)

Toiletries (Ubat gigi, berus gigi,pencuci muka, shampoo)

Tuala Mandi - 1 Helai

Sikat

Maternity Pad – 10 Keping

Nursing Pad – 6 Keping

Nursing Bra – 2 Helai (Senang nak menyusukan nanti) 

Underwear – 3 Helai (Nak beli yang pakai buang pun boleh)

Tudung n anak tudung jenis senang pakai. (Aurat kena jaga juga ya..)

Handphone & charger (penting nak contact orang ok)

Sweater Ibu (Sejuk kot dalam hospital)

Telekong (Solat sblm beranak..WAJIB)

Keperluan Tambahan (isi dalam raga) 

Termos 

Cawan

Sudu dan garpu

Pinggan plastik

Minuman segera (3 in 1) / susu tepung/ biskut/ kurma

Air selusuh & surah yassin 

Tisu sekotak


CHECKLIST BARANG – PANTANG DI RUMAH


Keperluan Baby

Set Tilam Baby (Yang anak first dah ada so tak perlu beli/ untuk first baby kena la beli ya)

Kelambu/Perkup baby(Tapi sekarang ni set tilam dah bersekali dgn kelambu,terpulang la)

Besen Mandi Baby (Mesti ada, newborn baby susah nak dimandikan sebab dia lembut lagi)

Sabun basuh baju baby (detergent baby/ seelok-eloknya beli coz kulit baby sensitif)

Baby Car seat (Anak First punya sudah ada) 

Stroller (Anak First punya sudah ada-senang nak berjalan/ lenguh nak berdukung selalu) 

Botol susu baby (Ekin beli starter set untuk newborn jenama AVENT )

Cecair pembersih botol susu (Beli PUREEN punya)

Alat pembersih botol  (Kalau beli set dah ada, kalau beli botol asing maka kena beli lah) 

Cotton ball (cuci pusat baby)

Barang2 berikut telah ada dlm checklist hospital:

Baju Baby Lengan Panjang/ Pendek

Sarung Kaki , Sarung Tangan, Topi Baby

Barut Perut Baby

Kain Bedung

Kain Lampin

Sapu Tangan

Pampers (Newborn)

Baby wipes / Tisu Basah

Set Mandian Anak ( Head to toe), Bedak, Losyen, Minyak Telon

Tuala Baby

Keperluan Ibu

Pam susu (Beli yang ada bateri/ elektrik senang-tak perlu guna tenaga nak perah2)

Set ubat berpantang SHAKLEE ( Ekin mmg amal SHAKLEE dari mengandung, berpantang)

Set berpantang SYAMELATI (Yang ni ambil pil panas untuk urat2)

Tungku Batu (ada di kampung) (Kalau korang beli set bersalin tu biasa ada, tapi tak best mcm tungku kampung la ya)

Bakul ubat (Untuk letak segala ubat-ubatan) 

Bekas baju baby (Storage box-Selamat/Kemas)

Ok selesai sudah..panjang berjela kan? tak pa asalkan semua tidak tercicir nanti..kalau uolss rasa macam ada yang tak lengkap tu boleh komen, next time kita improved ok..

Oh ya..andai ada yang berminat dengan set bersalin yang ekin sebut di atas..SHAKLEE or SYAMELATI boleh tanya2 ye.. 
(Ekin pengedar sah SHAKLEE ye, jangan risau : ID 1082470)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Moga beroleh manfaat bersama. ADIOS AMIGOS :)



2 comments:

  1. Wahhhh....dah nak masuk 2? Congratssss sayanggg...
    Bila due ney? Hehe... Bila la plak turn yana nak merasai pengalaman ni... Huhuhu~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah REZEKI...thanksss dear...due inshaaAllah tahun ni jugak..hehe
    Yana punya turn akan tiba , sabar ye..mana tau nanti dpt kembar.. baru seronok melayan :)

    ReplyDelete