Pages

Click Here For Cool HearBeat!

10 March 2014

Cik Selsema Datang Lagi :)

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaacummm! huk huk huk .. aduhh..robek rasa hidung ni..pedihnya mata...cik selsema datang lagi...

Apa korang buat kalau selsema? Terjelepok lembik je kan..letih..Apa tu selsema? Jarang sangat orang tak tahu kan.. semua orang mesti pernah kena lah..

"Selsema merupakan jangkitan pada salur pernafasan atas, memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus" (Cik Google kasi tau)

 
Nak share sikit ye petua nak hilangkan selsema. (Sumber Melayukini.net)

Petua hilangkan selsema : 
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.
5. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Ok kejap, orang kata makan aiskrim vanila boleh hilangkan selsema juga..ye ke?? Fakta ke auta ni? 
Tak pernah cuba pulak. Selalunya kalau makan benda2 sejuk semakin berjadi2 plak..

Satu lagi...orang kata BAWANG PUTIH pun boleh hilangkan selsema..

Caranya sapukan dengan Minyak Bawang Putih dan gunakan teknik Steaming n Cupping.

Cara membuat minyak bawang putih :
"Panggang bawang putih dengan kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada (anak) ketika selsema.

Teknik steaming and cupping : 





"Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming."


Kreadit utk:

http://superibu.com/2013/04/cara-semula-jadi-untuk-rawat-kahak-dan-selsema-pada-baby/
http://nordaleela.blogspot.com/2013/04/tips-dan-petua-untuk-hilangkan-selsema.html

04 March 2014

Baucer Buku 1 Malaysia 2014


.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PELAJAR SEPARUH MASA PROGRAM iNED TAHUN 2014

Alhamdulillah.. Sukacita dimaklumkan Baucer Buku 1 Malaysia Tahun 2014 dah keluar ye teman-teman.. Khas untuk pelajar-pelajar e-pjj cam Ekin ni ye.. 

Pelajar boleh mengambil baucer buku mulai 27 Feb 2014 di mana-mana kampus yang menerima baucer buku.

Bagi 'students' Uitm Shah Alam, uolss boleh mengambil baucer buku pada mana-mana unit kewangan zon fakulti. 

KAUNTER PEJABAT BENDAHARI ZON 18 AKAN BEROPERASI PADA HARI AHAD SEPERTI TARIKH BERIKUT: 
HARI AHAD (9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG )

02/03/2014 
23/03/2014 
06/04/2014 
27/04/2014 
04/05/2014 
11/05/2014 
08/06/2014 
22/06/2014 

*PEJABAT BENDAHARI ZON 18 DIBUKA PADA WAKTU REHAT ISNIN-KHAMIS : 1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (KECUALI HARI JUMAAT 12.15 TGH HARI HINGGA 2.45 PETANG)

Ehhhh kejap jangan lupa bawa KAD PELAJAR dan KAD PENGENALAN ye....

Alahai bila nak pergi ambil ni, sibuk memanjang.. 

(p/s: Baucer buku pun kena guna dengan berhemah a.k.a berjimat cermat sebabnya kadang2 modul dah tak dikeluarkan, student nak kena beli buku yang tebal lagi mahal dari lecturer..hmmmmm)

27 February 2014

Newborn Baby Checklist (Senarai Semak Bersalin)

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Phewwww...dah BERABAD lamanya tak menconteng-conteng dekat wall blog ni...agak-agak dah tumbuh segala kulat dan parasit gamaknya...

Kesibukan melanda diri, sebagai isteri , ibu, pekerja dan pelajar banyak yang perlu dikejar.. dari anak satu kini nak masuk DUA sudah!!.

Ok lah, bagi tidak menghampakan anda semua (Cehhh..ada ke orang nak hampa2 ni?) (ok..perasan jap). Ekin nak kongsikan senarai semak bersalin a.k.a cheklist for newborn baby. Are u ready??

Melalui pengalaman pertama bersalin, ada benda-benda yang tercicir.. so untuk anak kedua 'preparation' kena ada 'ummppphh' sket!

CHECKLIST BARANG – HOSPITAL
Senarai di bawah antara barang-barang yang diperlukan semasa di hospital. Banyak ke? Nampak je banyak tapi sikit je sebenar ni.. Ekin 'list' satu-satu supaya tiada yang tercicir nanti..

Keperluan Baby

Baju Baby Lengan Panjang/ Pendek (2 Helai)

Sarung Kaki , Sarung Tangan, Topi Baby ( 2 Helai) 

Barut Perut Baby

Kain Bedung

Kain Lampin

Sapu Tangan

Pampers (Newborn)

Baby wipes / Tisu Basah

Set Mandian Anak ( Head to toe), Bedak, Losyen, Minyak Telon

Tuala Baby

Keperluan Ibu

Buku Merah – Rekod Kesihatan Ibu Mengandung

Guarantee Letter  (GL)

Kad Pengenalan (IC)

Baju T-shirt Lengan Panjang – 2 Helai

Stoking – 2 Helai

Kain Batik – 2 Helai

Selipar Jepun (Jenis tak licin)

Toiletries (Ubat gigi, berus gigi,pencuci muka, shampoo)

Tuala Mandi - 1 Helai

Sikat

Maternity Pad – 10 Keping

Nursing Pad – 6 Keping

Nursing Bra – 2 Helai (Senang nak menyusukan nanti) 

Underwear – 3 Helai (Nak beli yang pakai buang pun boleh)

Tudung n anak tudung jenis senang pakai. (Aurat kena jaga juga ya..)

Handphone & charger (penting nak contact orang ok)

Sweater Ibu (Sejuk kot dalam hospital)

Telekong (Solat sblm beranak..WAJIB)

Keperluan Tambahan (isi dalam raga) 

Termos 

Cawan

Sudu dan garpu

Pinggan plastik

Minuman segera (3 in 1) / susu tepung/ biskut/ kurma

Air selusuh & surah yassin 

Tisu sekotak


CHECKLIST BARANG – PANTANG DI RUMAH


Keperluan Baby

Set Tilam Baby (Yang anak first dah ada so tak perlu beli/ untuk first baby kena la beli ya)

Kelambu/Perkup baby(Tapi sekarang ni set tilam dah bersekali dgn kelambu,terpulang la)

Besen Mandi Baby (Mesti ada, newborn baby susah nak dimandikan sebab dia lembut lagi)

Sabun basuh baju baby (detergent baby/ seelok-eloknya beli coz kulit baby sensitif)

Baby Car seat (Anak First punya sudah ada) 

Stroller (Anak First punya sudah ada-senang nak berjalan/ lenguh nak berdukung selalu) 

Botol susu baby (Ekin beli starter set untuk newborn jenama AVENT )

Cecair pembersih botol susu (Beli PUREEN punya)

Alat pembersih botol  (Kalau beli set dah ada, kalau beli botol asing maka kena beli lah) 

Cotton ball (cuci pusat baby)

Barang2 berikut telah ada dlm checklist hospital:

Baju Baby Lengan Panjang/ Pendek

Sarung Kaki , Sarung Tangan, Topi Baby

Barut Perut Baby

Kain Bedung

Kain Lampin

Sapu Tangan

Pampers (Newborn)

Baby wipes / Tisu Basah

Set Mandian Anak ( Head to toe), Bedak, Losyen, Minyak Telon

Tuala Baby

Keperluan Ibu

Pam susu (Beli yang ada bateri/ elektrik senang-tak perlu guna tenaga nak perah2)

Set ubat berpantang SHAKLEE ( Ekin mmg amal SHAKLEE dari mengandung, berpantang)

Set berpantang SYAMELATI (Yang ni ambil pil panas untuk urat2)

Tungku Batu (ada di kampung) (Kalau korang beli set bersalin tu biasa ada, tapi tak best mcm tungku kampung la ya)

Bakul ubat (Untuk letak segala ubat-ubatan) 

Bekas baju baby (Storage box-Selamat/Kemas)

Ok selesai sudah..panjang berjela kan? tak pa asalkan semua tidak tercicir nanti..kalau uolss rasa macam ada yang tak lengkap tu boleh komen, next time kita improved ok..

Oh ya..andai ada yang berminat dengan set bersalin yang ekin sebut di atas..SHAKLEE or SYAMELATI boleh tanya2 ye.. 
(Ekin pengedar sah SHAKLEE ye, jangan risau : ID 1082470)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Moga beroleh manfaat bersama. ADIOS AMIGOS :)



22 November 2012

Nasib Gaza

Salam..

Dalam suasan hujan lebat kat cameron ni dan kesibukan kerja2 opis plus dengan assignment yg berlambak2. sempat jugak kot nk coret2 sikit..

Sedar tak sedar dah semester enam walaupun bizi2 dengan kerja opis..nak2 pulak sekarang ni dh ada anak..so tanggungjawab tu dah terbahagi..walau apa pun kita still try the best utk suami n anak..

Hmm..ntah apa nasib mereka kat Gaza skang..kesian tengok mereka yang terberdosa tu..eee..kejam betul la dorang. Dalam masa yg sama mcm2 dh manusia dok boikot sini sana..emm..terpulang lah pada diri masing2 k. Apa yg boleh kita mampu, kita tolong.. kalau xmampu sedekahkan doa buat mereka disana..



P/s : Kita xboleh nak menilai kebaikan atau keburukan seseorang..hanya Allah sahaja yg tahu. Pray for GAZA


06 June 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah ~Miss u~

Hidup kadang2 tidak selalunya indah sepertimana yang kita angankan..tetapi setiap yang indah itu pasti "hidup" dalam kenangan kita..uhuhuhu..

Harini..tetibe saje teringat kat my kesyayangan dulu...Mr.Jojoe..Very beuatiful cat..so montel, so manja, and so segala-galanya lah..
Dulu..tiap kali balik kampung, mesti JOJO akan berlari-lari kat muka depan pintu..seolah-olah gembira dengan kepulangan tuannya..
And bila kita duduk..he will come and sit right behind me..sambil mengesel2kan kepalanya kat lutut..

Tiap kali dia dengar bunyi ketukan pinggan plastik kaler oren tu, mesti dia mengiau-ngiau and berlari2 anak menuju ke dapur *tanda org nk kasi makan kt dia*..mmg dia tau..
Walau sejauh mana dia pergi..bila kita panggil je nama dia..dia akan berlari kencang datang ke arah kita...kadang2 seronok bila kita saja je panggil dia nk main2..bukan main penat dia lari..hehehe..kelakar je..

Bila malam..dia pun suka lepak depan TV dengan semua orang..yang paling syok bila dia wat bunyi manja masa kita gosok bawah dagu dia..sangat sweet..dia suka sangat orang main ekor dia..kalau ada tali, lagi la dia kejar..sampai berpusing2..macam sarkas pulak..comel je..

JOJO..ke mana dia hilang..tak tahu..dia dah xda lagi ke? Or someone dah ambil dia? Dia mmg sgt comel..yang paling special pasal dia..adalah jari kakinya. Setiap kakinya mempunyai 6 jari...kakinya besar..sekali imbas macam macam rimau...sama cam kaler dia jgk...dh lama kami 1 family tunggu dia balik..sampai sekarang xbalik2..almost 3 years sudah..kami semua anggap JOJO dah xada lagi...

Walaupun selepas pemergian dia, ada 2-3 ekor kucing yang datang kat rumah..Si Gebu, Si Itam, n Si Makcik Belang tu..tapi tetap xsama dengan adanya JOJO..every cat have their own personality..they are different..seriously..xsama n xakan sama character dorang...

Hidup ini memang xselalunya indah..ketiga-tiga kucing tu pun dah lama mati..bermula dengan si anak..terkulai layu dibalik pepohon serai..2 days later..si ibu pula mati terbaring di sisi si anak..patut la kami panggil xdatang2..kucing pun ada perasaan..kasih ibu sampai ke syurga...si ayah mula menghilang disaat kedua2nya pergi..kami pulak yang gundah gulana..uhuhu..

So sekarang..xda 1 kucing pun di rumah..yg ada hanya seekor kucing jiran yang rajin sgt singgah makan..we all satu family decide xnak bela kucing lagi..sedih. Kucing2 kami sebelum ni ibarat cahaya..yg buat kami 1 family happy..bila xda rasa sunyi...begitulah sunyi kehidupan ini....we all we remember u for eva..no matter apa pun yg dah berlaku..

Miss u so much my JoJoE~~