Pages

Click Here For Cool HearBeat!

01 June 2012

Khasiat Buah delima utk ibu mengandung ;)

picture from: google.com

As salam...
al kisah nak bercerita..kelmarin ekin telah membeli 3 biji buah delima dengan harga RM5 setiap satu..so semuanye berjumlah RM 15..uishhh...macam mahal kan utk 3 biji buah delima kan?? Tapi persoalan kt sini bukan pasal harganye yg ekin nk bgtau..tapi mengenai khasiatnye yg mmg tebaboooo terutamanya utk ibu2 yg mengandung mcm mommy ekin nie..hehehe.. Macam mane leh tetibe beli buah tu ye? 

Oleh kerana hb ekin kadang2 naik kadang2 turun maka my friends, pn.nora mencadangkan agar makan buah delima ni coz katanya baik utk penghasilan hemoglobin iaitu sel darah merah dan boleh mengelakkan anemia ketika pregnant! Wahhh..mmg menarik.. 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya). 

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). 

Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung. Antara khasiat lain buah delima: 

>Menghalang pembentukan sel kanser
>Mencantikkan kulit
> Mencegah dari nyanyuk
>Memberi tenaga
>Elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
>Elok utk sistem penghadaman
>Mengurangkan berat badan
>Prevent morning sickness(yuuppp..sesuai untuk ibu mengandung)

Ermm..sangat bagus kan..so ibu2 mengandung kt luar sana,mari kita mkn buah delima..kata org tua2, buah delima kena makan sorang2..xboleh nk share2 dgn orang..sebabnye?? xtau lah kenape...tapi xsemestinya kena ikut..sharing is caring kan..nak2 mkn same2 ngan husband..kan sweet gitu..

So..apa lagi, ibu-ibu mengandung..masukkan buah delima ni dalam senarai makanan sihat anda ye..bagi sesiapa yang tak mengandung tak bermakna tak boleh makan..buah ni bagus..so siapa2 pun boleh makan..
Okeylah..nk sambung makan buah delima yang berbaki 2 biji lagi tu..hehehe..


No comments:

Post a Comment